Muat Turun Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) Secara Percuma

Ubuntu boleh dimuat turun secara percuma. Anda tidak perlu membayar apa-apa lesen untuk menggunakan Sistem Pengoperasian Ubuntu dalam komputer anda mahupun komputer di pejabat. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah memuat turun Ubuntu ke dalam komputer anda.


Berikut adalah pautan untuk muat turun Ubuntu:

Dari Pelayan Ubuntu (UK)
Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) - 32-bit - Sesuai untuk semua jenis komputer.
Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) - 64-bit - Mempunyai keupayaan tambahan untuk komputer yang mampu menggunakan perisian 64-bit

Dari Pelayan MMU (Malaysia)
Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) - 32-bit - Sesuai untuk semua jenis komputer.
Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) - 64-bit - Mempunyai keupayaan tambahan untuk komputer yang mampu menggunakan perisian 64-bit

Dari Pelayan ByteCraft (Malaysia)
Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) - 32-bit - Sesuai untuk semua jenis komputer.
Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) - 64-bit - Mempunyai keupayaan tambahan untuk komputer yang mampu menggunakan perisian 64-bit

Dari Pelayan OSCC (Malaysia)
Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) - 32-bit - Sesuai untuk semua jenis komputer.
Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) - 64-bit - Mempunyai keupayaan tambahan untuk komputer yang mampu menggunakan perisian 64-bit

Setelah selesai muat turun, anda boleh menggunakan fail ISO tersebut untuk membuat Bootable CD yang boleh anda gunakan bagi memasang Ubuntu ke dalam komputer anda.

Apakah Ubuntu?

Ubuntu adalah sistem pengoperasian yang lengkap dan sangat sesuai untuk komputer riba (laptop), komputer meja (desktop), dan juga komputer pelayan (server). Sistem pengoperasian yang dibangunkan oleh komuniti ini dilengkapi dengan pelbagai aplikasi komputer. Jelasnya, Ubuntu memang sesuai untuk sesiapa sahaja dan untuk semua kegunaan sama ada di rumah, sekolah, pejabat atau dimana jua kerana ianya dilengkapi dengan pelbagai aplikasi dari Pemproses Perkataan, Email, hinggalah perisian pelayan dan peralatan pengaturcaraan.

Hebatnya, Ubuntu adalah percuma dan akan sentiasa percuma. Anda tidak perlu membayar apa-apa lesen. Anda boleh memuat turun, menggunakan dan berkongsi Ubuntu dengan sahabat handai, keluarga, sekolah mahupun perniagaan tanpa perlu membayar walau satu sen.

Komuniti Ubuntu menyediakan keluaran untuk komputer meja (dipanggil desktop) dan komputer pelayan (dipanggil server) setiap enam bulan. Ini bermakna, anda akan sentiasa memiliki aplikasi terkini dan terhebat yang ditawarkan oleh 'dunia sumber terbuka' (open source world).

Ubuntu direkabentuk dengan menitikberatkan isu keselamatan. Anda akan mendapat pembaharuan keselamatan (security updates) pada sekurang-kurangnya 18 bulan untuk komputer meja dan pelayan. Dengan versi Sokongan Jangka Panjang yang dipanggil 'Long Term Support' (LTS), anda mendapat sokongan untuk komputer meja sehingga tiga tahun, dan sokongan untuk pelayan sehingga lima tahun. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk versi LTS ini, Komuniti Ubuntu telah berbesar hati untuk menyumbangkan sepenuh tenaga dan keupayaan untuk membolehkan semua versi ini dimiliki oleh anda secara percuma. Menaik taraf kepada versi Ubuntu yang baru adalah juga dan akan sentiasa percuma. Jika anda bijak, ini bermakna anda akan memiliki sistem pengoperasian yang percuma beserta sokongan selama-lamanya.

Kesemua yang anda perlukan boleh didapati dengan hanya sekeping CD, yang menyediakan persekitaran kerja yang lengkap. Perisian tambahan pula boleh didapati secara percuma diatas talian.

Pemasang Ubuntu yang bergrafik membantu mempercepat dan memudahkan proses pemasangan (installation). Pemasangan standard hanya mengambil masa kurang dari 25 minit.

Apabila pemasangan selesai, sistem anda telah sedia untuk digunakan dengan serta merta. Pada komputer meja, anda memiliki set yang penuh dengan produktiviti, internet, aplikasi untuk melukis dan grafik, serta pelbagai permainan.

Pada komputer pelayan, anda telah dapat apa yang anda perlukan untuk digunakan dan tiada apa lagi yang ketinggalan.